UK umum sekatan baharu terhadap individu, entiti bantu Russia

UK umum sekatan baharu terhadap individu, entiti bantu Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan lebih 100 sekatan terhadap individu dan entiti yang membantu Presiden Russia, Vladimir Putin dalam perang terhadap Ukraine, sempena ulang tahun ketiga permulaan konflik tersebut.

Pakej sekatan itu, digambarkan sebagai terbesar sejak awal pencerobohan, akan menyasarkan jentera ketenteraan Russia, entiti di negara ketiga yang menyokong serta rangkaian bekalan yang bergantung kepadanya, menurut kenyataan Kementerian Luar UK.

Keputusan UK untuk meningkatkan sekatan dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam beberapa minggu kebelakangan ini berusaha mengetepikan Kyiv dan sekutu Eropah daripada rundingan dengan Russia mengenai masa depan konflik tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejak perang bermula, London mengenakan sekatan ke atas 1,900 individu dan organisasi yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Putin, setakat Januari 2025.

Pakej sekatan terbaharu menyasarkan pengeluar dan pembekal peralatan yang diperlukan untuk meneruskan peperangan di negara ketiga, termasuk Asia Tengah, Turkiye, Thailand, India dan China.

Individu yang dikenakan sekatan termasuk Menteri Pertahanan Korea Utara, No Kwang Chol serta beberapa jeneral dan pegawai kanan yang dianggap bersubahat dalam menghantar lebih 11,000 askar ke medan perang.

“Tindakan hari ini, yang terbesar dalam hampir tiga tahun, menegaskan komitmen UK terhadap Ukraine,” kata Setiausaha Luar Britain, David Lammy.

Buat pertama kali, UK menggunakan kuasa baharu untuk menghukum institusi kewangan asing yang menyokong perang.

Ini termasuk OJSC Keremet Bank yang berpangkalan di Kyrgyzstan.

Kira-kira 14 kleptokrat baharu turut disasarkan, termasuk Roman Trotsenko, yang dikatakan sebagai salah seorang lelaki terkaya di Russia.

‘Armada bayangan’ Russia juga menjadi sasaran tambahan, dengan 40 kapal lagi dikenakan sekatan, menjadikan jumlah keseluruhan kapal yang tertakluk sekatan meningkat kepada 133.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN