Man City angkat bendera putih

Man City angkat bendera putih

PEP GUARDIOLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City mengangkat bendera putih dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan memilih bersaing bagi melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara, musim depan.

Peluang untuk mempertahankan kejuaraan EPL nampak sukar selepas anak buah Pep Guardiola kini ketinggalan 20 mata di belakang Liverpool selepas tewas kepada pendahulu liga itu 2-0, semalam.

Kekalahan itu menyebabkan Liverpool mendahului 11 mata di puncak dan kelihatan sudah hampir memegang trofi yang dimiliki oleh pasukan Guardiola selama empat musim berturut-turut sebelum ini.

Realitinya, City kini perlu berjuang untuk menduduki tempat yang cukup tinggi dalam carta bagi memastikan mereka layak ke pertandingan kelab elit Eropah yang mereka sertai sejak 2011.

Dengan baki 12 perlawanan, mereka berada di tempat keempat dengan 44 mata, hanya lima mata di hadapan Fulham di tempat ke-10 dan Guardiola mengakui pasukan berdepan cabaran sengit.

“Jika ia tidak berlaku, itu kerana kami tidak cukup baik, bukan kerana tiada keinginan. Ia sangat sengit dengan empat atau lima pasukan dan Nottingham Forest, Newcastle, Aston Villa sangat bagus. 

“Ia tidak akan mudah tetapi kami akan cuba. Jika ia berlaku, itu kerana kami berhak mendapatkannya. Jika tidak, itu kerana kami tidak cukup baik pada musim ini untuk ke Liga Juara-Juara,” kata Guardiola.

City menguasai perlawanan menentang Liverpool namun kekurangan ketajaman tanpa penyerang Erling Haaland yang cedera dan dibolosi dengan penuh dramatik oleh anak buah Arne Slot.

Mengulas mengenai jurang yang lebih terbuka antara kedua-dua pasukan, Guardiola berkata, semua itu dak penting kerana keputusan perlawanan menunjukkan anak buahnya tewas kepada pendahulu liga.

“Jarak dalam Liga Perdana adalah realiti.Jika anda menganalisis permainan hari ini, ia sangat bagus. Kami kalah, jadi tidak banyak yang perlu dikatakan, tetapi cara kami bermain sangat baik.

“Kedua-dua pemain sayap sangat cemerlang iaitu Savinho dan Jeremy (Doku) serta semua tonggak muda.

“Kecuali Kevin (de Bruyne) dan Nathan (Ake), kami adalah pasukan muda yang akan menjadi masa depan kelab ini. Kami berkelakuan dengan sangat baik. Ia adalah permainan yang sengit. Kami hanya kurang kreatif di bahagian hadapan,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×