Masak lemak cili api adalah hidangan memikat selera dengan aroma santan asli, kunyit hidup dan daun kunyit.
Seri minggu ini memperkenalkan resipi Lala Masak Lemak Cili Api untuk idea juadah tengah hari perkongsian Cef Noorazrifitri Baharom dari Tasik Puteri Golf & Country Club.
Ia sesuai dimakan dengan nasi putih panas begitu sahaja.
Bahan-bahan:
1 kilogram lala
Segenggam cili padi
1 liter santan segar ( jika tiada boleh ganti dengan dua kotak santan kecil)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Kunyit hidup sebesar ibu jari
1 keping asam keping
1 tangkai serai ditumbuk
Garam
Serbuk cukup rasa
Air
1 helai daun kunyit.
Cara penyediaan:
Cuci lala dengan air bersih dan ketepikan dahulu.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.
Masukkan santan di dalam periuk dengan api yang sederhana.
Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat dan serai kemudian gaulkan.
Masukkan garam, serbuk cukup rasa dan asam keping.
Masukkan lala dan gaul sebati.
Kemudian masak sekitar enam hingga tujuh minit.
Jangan masak terlampau lama kerana akan membuatkan isi lala kecut.
Setelah masak, hiris halus daun kunyit dan taburkan ke atas hidangan.
Gaul sebati sebelum dihidang.
Selamat menjamu selera.- UTUSAN










