Berniaga sambil sedekah, jual ikan celup tepung RM1 

Berniaga sambil sedekah, jual ikan celup tepung RM1 

MAS Ayu Mohamad menunjukkan ikan celup tepung di Pantai Teluk Bidara, Terengganu. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sepasang suami isteri  di Jalan Seberang Pintasan, berhampiran Pantai Teluk Bidara di sini, menjual ikan celup tepung pada harga RM1 seekor untuk menyuburkan konsep berniaga sambil bersedekah. 

Mas Ayu Mohamad, 34, berkata, idea menjual ikan Selayang yang digoreng tepung dengan harga murah timbul selepas dia dan suaminya, Zakaria Abdullah, 48, yang mempunyai enam  anak kadang kala berdepan kesusahan hidup.

“Saya ramai anak dan keluarga saya juga bukanlah orang senang, hanya mengharapkan wang jualan harian untuk menyara anak-anak. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila saya jual ikan celup tepung dengan harga RM1, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang mempunyai ramai anak macam saya. Tak semua orang berkemampuan, sekurang-kurangnya dapat juga mereka bawa anak makan di kedai saya,” katanya ketika ditemui di gerainya, semalam.

Mas Ayu berkata, setiap hari dia dapat menjual sehingga 50 ekor ikan celup tepung dan boleh mencecah hingga 100 ekor pada hujung minggu dan hari cuti. 

“Memang untung tidak terlalu besar, namun insya-Allah, kami niat nak bantu orang dan saya percaya rezeki sentiasa ada untuk kami sekeluarga,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini