Suspek serangan pisau di Austria dipercayai pengikut Daesh

Suspek serangan pisau di Austria dipercayai pengikut Daesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VILLACH: Pencari suaka Syria yang disyaki melakukan serangan maut di bandar Villach, Austria, dilaporkan bersumpah setia kepada Daesh dan dipengaruhi secara radikal melalui internet.

Sabtu lalu, seorang remaja berusia 14 tahun maut ditikam, manakala lima lagi cedera dan tiga daripadanya kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menteri Dalam Negeri, Gerhard Karner dalam sidang media di Villach semalam berkata, suspek yang ditangkap tujuh minit selepas panggilan pertama kepada polis, dipengarui secara radikal melalui internet.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pihak berkuasa juga menemukan bendera Daesh di apartment suspek.

Karner turut menzahirkan simpati terhadap mangsa dan kecewa dengan insiden berkenaan.

“Dalam saat-saat seperti ini, sememangnya akan berasa marah dan geram terhadap penyerang yang menikam orang awam secara rawak di bandar ini,” katanya.

Polis berkata, suspek yang dikenakan tuduhan membunuh dan cubaan membunuh, merakam dirinya sendiri sambil bersumpah setia kepada Daesh.

Insiden itu mungkin lebih buruk jika bukan disebabkan seorang pemandu penghantaran makanan warga Syria yang melihat penyerang melanggar lelaki itu dengan kenderaan untuk menghentikannya.

Setakat ini, Daesh tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Bagaimanapun, bahagian media cabang Daesh di Afghanistan, Daesh-K, baru-baru ini menyiarkan satu hantaran yang menyeru serangan ‘lone wolf’ di Amerika dan Eropah, susulan serangan Tahun Baru di New Orleans, menurut SITE Intelligence.

Kekejaman di Villach berlaku susulan satu rancangan untuk melakukan serangan bunuh diri di konsert Taylor Swift di Vienna pada bulan Ogos digagalkan, yang turut melibatkan seorang remaja yang bersumpah setia kepada kumpulan itu.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN