Trump umum rancangan tarif balas sasar rakan sekutu dan musuh

Trump umum rancangan tarif balas sasar rakan sekutu dan musuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan rancangannya untuk menaikkan tarif AS bagi memadankan kadar cukai yang dikenakan oleh negara lain  ke atas import mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia secara langsung mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas antara sekutu dan pesaing Trump, dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.

Bercakap kepada media di pejabatnya di Rumah Putih, Trump berkata, beliau sudah memutuskan tarif balas itu berdasarkan keadilan.

“Tidak, saya fikir ramai daripada mereka negara akan kekal sama dan apa sahaja yang mereka perlu bayar, akan sama dengan apa yang mereka mahukan saya bayar. Itu maksud saya,” katanya.

Menurut seorang pegawai Rumah Putih yang enggan dikenali, kadar tarif itu akan disesuaikan mengikut setiap rakan dagang AS dan mengambil kira tarif yang dikenakan ke atas barangan AS, selain cukai yang dianggap ‘diskriminasi’, seperti cukai nilai tambah (VAT).

Pentadbiran Republikan Trump menegaskan bahawa tarif baharunya akan menyamakan kedudukan antara pengeluar AS dan pesaing asing.

Bagaimanapun, cukai baharu itu mungkin akan dibayar oleh pengguna dan perniagaan AS sama ada secara langsung atau dalam bentuk harga yang lebih tinggi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN