KDN kemas kini latihan keselamatan di pusat beli belah

KDN kemas kini latihan keselamatan di pusat beli belah

Saifuddin Nasution Ismail (depan, tiga dari kanan) bersama pegawai dan kaktangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada majlis perhimpunan bulanan di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Da­lam Negeri (KDN) akan mengemas kini modul dan latihan keselamatan kepada pengawal keselamatan dan polis bantuan bagi menghadapi risiko ancaman di kompleks beli-belah.

Menterinya, Datuk Seri Saifu­ddin Nasution Ismail berkata, insiden tembakan di tempat awam seperti di Setia Alam, Shah Alam baru-baru ini memberi satu perspektif berbeza kepada KDN terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya akan meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay supaya meneliti modul keselamatan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, semalam.

Selama ini katanya, PDRM yang melatih pengawal ke­selamatan dan polis bantuan dalam berdepan dengan pelbagai isu keselamatan di premis-premis awam.

Saifuddin berkata, sementa­ra tugas rondaan berkala disandarkan kepada PDRM, tugas kawalan keselamatan termasuk di pusat beli-belah disandarkan kepada syarikat keselamatan berkenaan.

“Saya akan minta pegawai saya untuk bincang balik terutama dengan persatuan industri kawalan keselamatan supaya aspek ini dapat kita berikan fokus dan tumpuan,” katanya.

Dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada malam Sabtu lalu, seorang tukang cuci cedera ditembak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×