Susu santan atasi alahan laktosa

Susu santan atasi alahan laktosa

minuman berasaskan santan mampu mencegah masalah intoleransi laktosa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masalah intoleransi atau alahan laktosa menyebabkan sesetengah individu sukar memilih produk tenusu bersesuaian sekali gus memberi cabaran bagi mereka untuk mendapatkan nutrisi penting.

Kajian mendapati hampir 90 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah intoleransi laktosa atau ketidakupayaan mencerna gula yang terdapat dalam produk tenusu.

Begitupun, kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mendapati minuman berasaskan tumbuhan mampu menjadi jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan Mardi, Dr. Aida Hamimi Ibrahim berkata, produk pengganti tenusu yang dihasilkan, 100 peratus menggunakan hasil tempatan bagi menyokong industri pertanian negara.

Katanya, usaha tersebut dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap bahan mentah yang diimport, sekaligus menjadi solusi untuk memastikan keterjaminan makanan negara.

Santan kelapa mempunyai nilai nutrisi yang tinggi seperti terdapat dalam produk tenusu, namun ia bebas kolesterol serta mempunyai lemak trans.

“Justeru, hasil kajian yang dijalankan oleh Mardi, berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa santan tidak menghasilkan kolesterol.

“Secara amnya, kandungan kolesterol tidak didapati dalam mana-mana tumbuhan, sebaliknya ada pada haiwan terutamanya produk tenusu.

“Minuman santan mampu memberi zat besi, kalsium, natrium, kalium, karbohidrat seperti terdapat dalam produk tenusu, yang mencukupi kepada badan manusia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

KAWALAN KUALITI

Tambahnya, santan mempunyai nilai nutrisi tinggi yang mendorong kepada pertumbuhan mikroororganisma perosak.

Justeru, pemprosesan santan adalah sangat penting kerana santan segar yang tidak dirawat akan mudah cepat rosak dan basi walaupun di simpan dalam keadaan sejuk.

“Kualiti santan yang kurang baik, tidak segar dan diproses dengan cara yang tidak bersih juga akan menjadi salah satu punca jangka hayat santan menjadi singkat,” katanya.

Sehubungan itu, peningkatan kualiti termasuk kesegaran dan keselamatan santan dapat ditingkatkan dengan menggunakan teknologi pemprosesan tekanan tinggi.

Mengulas lanjut,katanya, ia merupakan teknologi pengawetan produk menyahkan mikrob dalam produk makanan pada tekanan tinggi dalam julat 3,000 hingga 6,000 bar untuk tempoh masa tertentu.

Melihat pada kentingan masalah isi, Mardi telah membangunkan satu parameter pemprosesan santan kelapa dengan teknologi HPP.

“Dengan menggunakan teknologi berkenaan, ia dapat mengekalkan kesegaran, kestabilan dan kualiti produk sehingga tiga bulan penyimpanan pada suhu sejuk dingin dua hingga tujuh darjah celcius, berbanding dengan kaedah kovensional yang hanya bertahan selama satu minggu,” jelasnya.

Sementara itu, Mardi turut memperkenalkan minuman berasaskan minuman beras perang yang merupakan inovasi terbaru menggunakan teknologi enzimatik untuk menghasilkan minimunan sedia diminum dengan kemanisan semula jadi tanpa tambahan gula.

Aida Hamimi menjelaskan, teknologi tersebut menggunakan enzim khusus untuk memecahkan kanji kompleks dalam beras perang kepada gula ringkas seperti glukosa dan maltosa.

“Minuman beras perang ini mempunyai kandungan serat yang tinggi membantu dalam penghadaman dan meningkatkan kesihatan usus.

“Malah produk ini dapat dijadikan sebagai alternatif terbaik bagi individu yang mengalami masalah intoleransi laktosa,” katanya.

Menurut beliau, walaupun produk yang dihasilkan tidak mempunyai bahan pengawet, namun ia masih stabil daripada segi mikrobiologi melalui proses pemanasan retort.

Ini sekali gus menjadikan minuman ini sebagai pilihan yang selamat dan tahan lama bagi pengguna yang mementingkan kesihatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini