Lima RUU tumpuan sidang Parlimen ke-15 hari ini

Lima RUU tumpuan sidang Parlimen ke-15 hari ini

SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak lima Rang Undang-undang (RUU) bakal menjadi tumpuan pada persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 termasuk Akta Pendidikan 1996 (Pindaan) 2025 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah.

Sebelum ini, Menteri Pendi­dikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya mahu meng­angkat dasar mewajibkan pendidikan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Selain itu, RUU Mufti (Wi­layah-wilayah Persekutuan) 2024 juga bakal dibentangkan selepas ia ditangguh pada sidang lalu, antara lain membabitkan meng­adakan perun­tukan penentuan perkara me­ngenai hukum dan doktrin sya­rak.

Sementara itu, pembenta­ngan untuk bacaan kali kedua beberapa RUU antaranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024, RUU Majlis Media Malaysia 2024, RUU Kebebasan Maklumat dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 dimulai dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat, hari ini.

Seri Paduka Baginda dija­dual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua Dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Berdasarkan takwim di laman sesawang rasmi Parlimen, selain pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 18 hari turut menyaksikan ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu selama tujuh hari bermula 4 Februari ini.

Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan lisan atau bertulis oleh menteri berkaitan pada 19 hingga 25 Februari depan.

Selain itu, Kertas Putih Agen­da Negara Menua juga akan dibentang di Dewan Rak­yat yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang memandangkan Malaysia menuju negara menua menjelang 2030 dan negara tua menjelang 2044.

Pada minggu kelima persida­ngan bermula 3 sehingga 6 Mac menyaksikan Dewan Rak­yat dan Dewan Negara bersidang secara serentak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×