Kes anak menteri ugut wanita: Polis tunggu arahan AGC 

Kes anak menteri ugut wanita: Polis tunggu arahan AGC 

HAMZAH (tengah) ketika ditemui pemberita di Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang sedang menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum tindakan selanjutnya diambil berhubung kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak menteri sebelum ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kertas siasatan kes terbabit diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pihaknya kini sedang menunggu arahan seterusnya daripada AGC.

“Kita masih lagi menunggu arahan, kita sudah hantar kertas siasatan tersebut dan buat masa ini kita masih menunggu perkembangan terkini daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya ketika ditemui di Majlis Advokasi sempena Op Selamat 23/2025 Tahun Baharu Cina Peringkat PDRM Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan di Sungai Dua, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, media melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet, sekaligus menunjukkan polis tidak berkompromi atau melindungi pihak yang melakukan kesalahan.

Polis juga sudah merakam percakapan semua pihak terbabit dalam kes berkenaan dan kertas ini dirujuk kepada pejabat TPR pada 6 Januari lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini