Gelombang haba marin disyaki punca 30,000 ikan mati di Australia

Gelombang haba marin disyaki punca 30,000 ikan mati di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Kematian puluhan ribu ikan sepanjang sembilan kilometer (km) di pantai Pilbara, Australia Barat, berkemungkinan disebabkan oleh gelombang haba marin yang berterusan, menurut pihak berkuasa.

Dianggarkan sekitar 30,000 ikan terdampar pada awal Januari di pantai berhampiran Gnoorea Point, 50km ke barat daya Karratha.

Jabatan Industri Utama dan Pembangunan Wilayah (DPIRD) Australia Barat berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian, namun percaya tekanan haba berpanjangan akibat keadaan semasa berkemungkinan ada kaitan dengan punca kematian itu.

Pengarah Eksekutif NPIRD, Nathan Harrison berkata, perairan cetek di sepanjang pantai Pilbara kini mencecah 31 darjah Celsius, iaitu 2 hingga 3 darjah Celsius lebih tinggi daripada suhu biasa bagi tempoh itu.

“Lautan yang lebih panas di perairan WA sepanjang 2024 mewujudkan senario berisiko tinggi bagi gelombang haba marin pada musim panas, ketika suhu air secara semula jadi meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Minggu lalu, NPIRD mengeluarkan amaran gelombang haba marin kategori 2 (kuat) bagi pantai utara Australia Barat dan Gascoyne.

Di pantai utara, yang merangkumi kawasan Pilbara, suhu permukaan laut meningkat 4 hingga 5 darjah Celsius melebihi purata jangka panjang.

Terdapat kebimbangan bahawa air yang terlalu panas akan merosakkan terumbu karang Ningaloo, Teluk Exmouth dan Shark Bay di Gascoyne.

Gelombang haba marin boleh berlaku selama beberapa hari hingga berbulan-bulan dan memberi impak yang merosakkan kepada ekosistem laut.

Hampir 90 peratus gelombang haba marin kini dikaitkan dengan pemanasan global yang berpunca oleh sikap manusia.- THE GUARDIAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×