Trump gesa SpaceX selamatkan dua angkasawan terkandas

Trump gesa SpaceX selamatkan dua angkasawan terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa SpaceX dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk untuk menyelamatkan dua angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) yang terperangkap di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun lalu.

Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump mendakwa angkasawan Sunita Williams dan Barry Wilmore seolah-olah diabaikan oleh pentadbiran Joe Biden sehingga terkandas selama berbulan-bulan.

Justeru, beliau berharap syarikat Musk akan membawa mereka pulang ke Bumi dengan selamat.

Sementara itu, Musk dalam dalam kenyataan di X berkata, presiden meminta SpaceX untuk membawa pulang angkasawan tersebut secepat mungkin.

“Kami akan segera melakukannya,” kata Musk.

NASA pada awalnya merancang membawa pulang mereka pada Februari, namun dilanjutkan pada akhir Mac selepas menyemak semula jadual untuk misi seterusnya bersama dua lagi angkasawan yang kini berada di ISS.

Misi berlanjutan disebabkan oleh kerosakan kapal angkasa Starliner milik Boeing, yang menangguhkan kepulangan mereka.

Walaupun tempoh misi dipanjangkan, NASA memberi jaminan angkasawan tersebut berada dalam keadaan sihat dan tempoh mereka di orbit kekal dalam had yang boleh diterima.

Trump melantik Musk untuk mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), sebuah suruhanjaya yang diwujudkan pada hari pertama memegang jawatan, dengan matlamat untuk menghapuskan perbelanjaan membazir.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×