RIYADH: Warga asing kini dibenarkan untuk melabur dalam syarikat tersenarai di Arab Saudi yang memiliki hartanah di Mekah dan Madinah.
Pihak Berkuasa Pasaran Modal dalam kenyataan berkata, langkah itu bertujuan merangsang pelaburan, meningkatkan daya tarikan dan kecekapan pasaran modal serta mengukuhkan daya saing serantau dan antarabangsa, termasuk menyokong ekonomi tempatan.
Katanya, pelaburan asing dalam syarikat yang memiliki hartanah di kawasan Makkah dan Madinah akan dihadkan kepada saham syarikat Arab Saudi yang disenaraikan di pasaran modal, instrumen hutang boleh tukar atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, pemilikan bukan Saudi tidak boleh melebihi 49 peratus, kata pihak berkuasa itu.
Arab Saudi merupakan ekonomi terbesar di Asia Barat dan pengeksport minyak mentah terbesar di dunia.
Selama bertahun-tahun, negara itu terlibat dalam agenda reformasi besar-besaran yang bertujuan untuk mempelbagaikan ekonominya melalui pelancongan serta pelaburan.
Makkah kini sedang mengalami pembangunan besar-besaran dengan sasaran menarik juta juta jemaah haji dan umrah menjelang 2030.
Projek yang dikenali sebagai Masar, dibiayai oleh Dana Pelaburan Awam kerajaan, merancang pembinaan 40,000 bilik hotel baharu di Makkah.
Ibadah haji dan umrah tahunan menjana anggaran hasil sebanyak AS$12 juta (RM52 juta) pada 2019.– AFP











