GAZA: Pasukan perubatan dan penyelamat menemukan mayat 17 rakyat Palestin dari runtuhan rumah yang musnah di Rafah, selatan Gaza ekoran serangan Israel.
Sumber perubatan memberitahu Anadolu, mayat 17 mangsa dibawah ke Hospital Nasser di Khan Younis.
“Mayat ditemukan dalam keadaan reput, menjadikan proses pengecaman sangat mencabar dalam beberapa kes,” kata sumber perubatan.
Menurut saksi, puluhan keluarga berkumpul di hospital dengan harapan dapat mengenal pasti jenazah ahli keluarga mereka yang hilang.
Ahli keluarga membuat proses pengecaman mayat melalui pakaian dan beberapa barang peribadi yang ditemukan, kata saksi.
Seiring dengan berkuat kuasanya gencatan senjata minggu lalu, rakyat Palestin di Rafah mula kembali ke kawasan yang dikosongkan oleh tentera Israel.
Fasa pertama selama enam minggu daripada perjanjian yang berkuat kuasa pada 19 Januari, menangguhkan perang pembunuhan beramai-ramai Israel yang membunuh lebih 47,000 rakyat Palestin dan mencederakan 111,500 yang lain.
Perjanjian tiga fasa itu merangkumi pertukaran tahanan dan keamanan yang berterusan, bertujuan untuk gencatan senjata kekal serta pengunduran pasukan Israel dari Gaza.- ANADOLU











