GAZA: Hamas menamakan empat tebusan Israel untuk dibebaskan pada Sabtu di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Pembebasan kedua melibatkan askar Karina Ariev, Daniella Gilboa, Naama Levy dan Liri Albag.
Mereka akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk 180 tahanan Palestin yang berada di penjara Israel.
Berita berkaitan:
Ini menjadikan pertukaran kedua sejak gencatan senjata dikuat kuasakan pada Ahad lalu, dengan tiga tebusan dan 90 tahanan dibebaskan dalam pertukaran pertama.
Gencatan senjata menghentikan perang yang bermula sejak 7 Oktober 2023, dengan 1,200 warga Israel terbunuh dan 251 lagi dibawa ke Gaza sebagai tebusan.
Insiden itu turut menyebabkan lebih 47,200 penduduk Palestin, kebanyakan orang awam, terbunuh dalam serangan balas Israel, menurut kemnterian kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas.
Hamas dijangka memberikan maklumat mengenai baki 26 tebusan yang dijadual dibebaskan dalam tempoh lima minggu akan datang.
Tahanan yang akan dibebaskan kali ini adalah daripada kategori lebih serius berbanding mereka yang dibebaskan dalam pertukaran pertama.
Mereka termasuk individu yang terlibat pembunuhan, dan sebahagian sedang menjalani hukuman penjara lebih daripada 15 tahun.- BBC











