82 maut serangan di Gaza ketika rakyat Palestin rai gencatan senjata

82 maut serangan di Gaza ketika rakyat Palestin rai gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Serangan tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 82 orang di Gaza termasuk sekurang-kurangnya 30 orang di Gaza City hanya beberapa jam selepas pengumuman perjanjian gencatan senjata dicapai di wilayah terkepung itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Serangan ke atas sebuah rumah berhampiran Bangunan Kesatuan Jurutera di Gaza City mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang, lapor wartawan Al Jazeera Arabic.

Pertahanan Awam Palestin turut menemukan 12 mayat dari kejiranan Sheikh Radwan di Gaza City.

Di tengah Gaza, lima orang maut dalam serangan dron Israel yang menyasarkan perhimpunan di kawasan Karaj di kem Bureij.

Angka kematian sejak subuh terus meningkat apabila rakyat Palestin kembali berteduh di khemah mereka selepas meraikan berita perjanjian gencatan senjata yang dicapai antara Israel dan Hamas.

“Selama beberapa jam, orang ramai menjadikan seluruh kawasan ini sebagai pentas perayaan, sesuatu yang tidak biasa kita lihat di sini kerana kawasan ini pernah menjadi pentas pengebumian mangsa perang dan ruang yang dipenuhi dengan keperitan dan kesedihan.

“Tetapi gencatan senjata hanya akan bermula Ahad ini dan penduduk Gaza bimbang serangan lebih buruk akan berlaku sebelum pengeboman Israel terhenti.

“Kami menjangkakan lonjakan serangan dron dan artileri berat dan itulah yang menyebabkan orang ramai menamatkan perayaan selepas dua jam,” kata wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud melaporkan dari Deir el-Balah di tengah Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN