Penumpang lelaki kencing di stesen MRT - Utusan Malaysia

Penumpang lelaki kencing di stesen MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Polis Singapura sedang menyiasat insiden memalukan melibatkan seorang lelaki yang dirakam membuang air kecil di Stesen MRT Tanah Merah, selepas video perbuatannya tular dalam media sosial.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik ke Instagram pada Isnin lalu, seorang lelaki berbaju merah dilihat berdiri di sudut platform stesen MRT sebelum menarik zip seluarnya, memeriksa persekitaran dan melarikan diri.

Presiden SMRT Trains, Lam Sheau Kai mengesahkan insiden itu berlaku di Stesen MRT Tanah Merah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kelakuan seperti ini tidak boleh diterima kerana mencemarkan ruang awam dan menimbulkan risiko kesihatan serta kebersihan kepada penumpang,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan pihak SMRT sedang bekerjasama dengan polis dalam siasatan kes tersebut.

Tarikh kejadian tidak dinyatakan, namun sehingga tengah hari Selasa, video itu telah ditonton lebih 370,000 kali di Instagram.

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) mengesahkan insiden tersebut berlaku pada 10 Januari di salah satu pintu keluar Laluan Timur Laut (NEL) stesen berkenaan.

“Selepas menerima laporan, kakitangan SMRT dan SBS Transit bekerjasama menangani kes tersebut. Kawasan yang terjejas segera dibersihkan dan laporan polis telah dibuat,” kata LTA dalam kenyataan.

SBS Transit yang bertanggungjawab ke atas laluan tersebut memeriksa rakaman CCTV di stesen tersebut dan berjaya mengenal pasti serta menangkap suspek.

LTA turut menyatakan pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk memastikan hukuman maksimum dikenakan terhadap pelaku disamping mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang melaporkan kes berkenaan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini