KALANGAN ibu bapa tentunya sudah biasa melihat penampilan anak masing-masing yang kemas sebelum ke sekolah, namun berubah ‘selekeh’ apabila pulang ke rumah.
Macam-macam gaya si kecil, ada yang tudungnya senget-benget, tidak kurang juga hingga terkeluar rambut dan anak tudung.
Justeru pemilihan material yang tepat amat penting agar anak-anak sentiasa kemas dan selesa di sekolah.
Jenama TudungSiComel boleh dijadikan pilihan kerana tidak terlalu nipis dan tekstur sulaman benang yang rapat, sekali gus menjadikan tudung lebih lembut dan mampu menyerap peluh dengan baik.
Selain itu, rekaannya dilengkapi awning yang sedia terbentuk dan kemas, menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak aktif.
Pengasasnya, Kapten (B) Syahruddin Zainul berkata, pihaknya sentiasa melakukan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebelum menghasilkan variasi baru untuk setiap tudung sekolah.
Antaranya termasuk menggunakan teknik jahitan awning tiga lapisan untuk memastikan awning lebih terbentuk dan kemas apabila dipakai.
TudungSiComel menawarkan sembilan jenis tudung sekolah dengan 25 warna dan enam saiz berbeza.
Ia sesuai untuk murid tadika hinggalah sekolah menengah berusia 17 tahun.
Harganya bermula dari RM16.90 hingga RM29.90, bergantung kepada jenis dan saiz.
Selain dalam negara, tudung ini mendapat permintaan di Brunei, Singapura, dan Filipina.











