Jurubahasa tidak berkelayakan kes warga Israel tangguh

Jurubahasa tidak berkelayakan kes warga Israel tangguh

AVITAN SHALOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Ting­gi di sini semalam mene­tapkan 28 Februari ini untuk pen­dengaran permohonan pem­belaan yang mewakili lela­ki warga Israel, Avitan Shalom yang didakwa atas tuduhan berkaitan senjata dan peluru untuk menangguhkan perbicaraan kes itu.

Hakim K. Muniandy memu­tuskan demikian selepas men­­de­ngar hujahan ringkas daripa­da pihak pembelaan dan pendakwaan pada sebutan permohonan tersebut hari ini.

“Mahkamah menetapkan pe­ngurusan kes bagi permohonan ini pada 20 Januari ini dan pihak pendakwaan (responden) perlu memfailkan afidavit jawapan se­belum 28 Januari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya ada afidavit bala­san daripada pihak perayu (pem­belaan), mereka perlu mem­fail­kannya pada atau sebelum 10 Februari,” katanya.

Semasa prosiding, peguam be­la, Muhamad Aiman Haziq yang mewakili Avitan berkata, pihaknya bertegas untuk menangguhkan perbicaraan kerana jurubahasa yang disediakan ti­dak berkelayakan.

“Kami percaya permohonan ini tidak akan menjejaskan kes responden. Kami juga ingin me­rekodkan bahawa permohonan kami bukan untuk menangguhkan perbicaraan dan permohonan ini tidak berniat jahat,” katanya.

Mendengar hujah tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Suloshani Vijendran Vellupillai me­negaskan pihaknya selaku responden membantah permohonan untuk menangguhkan perbicaraan itu.

“Bagaimana boleh dikatakan jurubahasa yang disediakan tidak layak sedangkan jurubahasa tersebut belum lagi berkomunikasi dengan tertuduh,” katanya.

Isnin lalu, Mahkamah Sesyen menangguhkan perbicaraan kes berkenaan buat kali ketiga berikutan pihak pembelaan mempertikaikan isu berkaitan jurubahasa bahasa Ibrani.

Perbicaraan yang sepatutnya berjalan pada 6 Januari lalu dan seramai 30 orang saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini