China mungkin jual operasi TikTok pada Elon Musk

China mungkin jual operasi TikTok pada Elon Musk

SKMM sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan men­genai 18 akaun TikTok media tempatan disekat baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa China sedang menimbang kemungkinan untuk menjual operasi TikTok di Amerika Syarikat (AS) kepada bilionair, Elon Musk sekiranya syarikat itu gagal menghalang larangan berpotensi ke atas aplikasi tersebut, lapor Bloomberg News.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laporan yang memetik sumber yang arif mengenai perkara tersebut berkata, pegawai China lebih cenderung agar TikTok kekal di bawah kawalan syarikat induknya, Bytedance. 

TikTok kini sedang mencabar larangan berkenaan melalui rayuan di Mahkamah Agung AS.  

Dalam salah satu senario yang dipertimbangkan, platform media sosial milik Musk, X, akan mengambil alih operasi TikTok AS dan menguruskan perniagaan itu bersama. 

Bagaimanapun, sumber menyatakan, pihak berkuasa China belum mencapai sebarang keputusan muktamad kerana perbincangan masih berada di peringkat awal.  

TikTok enggan memberikan sebarang komen, sementara Musk dan platform X juga belum memberikan respons terhadap permintaan tersebut.  

Agensi Pentadbiran Ruang Siber China dan Kementerian Perdagangan China, yang mungkin terlibat dalam keputusan berkaitan masa depan TikTok, juga belum memberikan sebarang kenyataan.  

Minggu lalu, Mahkamah Agung AS dilaporkan cenderung untuk menyokong undang-undang yang akan memaksa penjualan atau pengharaman aplikasi popular itu di AS menjelang 19 Januari ini.  

Barisan hakim memberi tumpuan terhadap kebimbangan keselamatan negara berhubung pengaruh China yang menjadi punca tindakan keras tersebut.-AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN