Pengilang besar campur beras putih tempatan, import elak rugi?

Pengilang besar campur beras putih tempatan, import elak rugi?

PENGILANG besar beras didakwa mencampurkan beras putih tempatan dan import bagi mengelak kerugian. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Beras putih tempatan yang dijual pada harga rendah RM26 bagi 10 sekilogram (kg) mendorong pengilang-pengilang besar mencampurkannya dengan beras import dan dijual pada harga RM32.

Tindakan itu dipercayai bagi mengelak syarikat daripada menanggung kerugian seperti yang dialami pengilang-pengilang padi kecil yang kerugian mencecah RM900 juta setahun ekoran harga belian padi tinggi sedangkan harga beras masih rendah.

Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, Marzukhi Othman berkata, harga lantai padi ketika ini RM1,300 per tan metrik, manakala harga beras RM26 setiap 10 kg sejak 16 tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, sepatutnya harga beras dinaikkan dan dijual RM32.00 setiap 10 kg bagi me­nyamai harga lantai RM1,300 per tan metrik agar semua pihak termasuk pengilang, pemborong dan petani tidak terbeban.

“Sekarang ini harga beras tempatan masih kekal RM26 setiap 10 kilogram yang tidak pernah disemak sejak 16 tahun lalu iaitu ketika harga belian padi ketika itu sekitar RM950 per tan metrik.

“Pada harga RM1,300 per tan metrik dan apabila berlaku ‘perang harga’ dalam kalangan pengilang besar yang memiliki syarikat pemborong beras sendiri, mereka tawar harga belian kepada pesawah sehingga mencecah RM1,800 per tan metrik, sekali gus memberi ke­san kepada pengilang-pengi­lang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Marzukhi, jika hendak menghasilkan beras pada kadar RM26 setiap 10 kg dengan kos yang perlu ditanggung pengilang, ia memerlukan harga belian padi sekitar RM900 per tan metrik.

Tetapi, katanya, apabila pen­gilang membeli pada harga lan­tai RM1,300 per tan metrik, maka sepatutnya harga beras tempatan dijual pada harga RM32 setiap 10 kg.

Beliau berkata, belian padi pada harga lantai RM1,300 de­ngan beras pula masih dijual pada harga RM26 akan menyebabkan pengilang terpaksa tanggung kerugian RM600 per tan metrik beras.

“Sekiranya jumlah pengha­silan beras tempatan adalah sekitar 1.5 juta tan metrik, ma­ka pihak pengilang yang me­rang­kumi kira-kira 70 buah di seluruh negara itu terpaksa me­nanggung kerugian men­cecah RM900 juta setahun.

“Masalah itu juga menjadi punca banyak pengilang Melayu terpaksa gulung tikar manakala masih beroperasi yang tidak sampai 10 kilang pula dalam keadaan tenat dan menunggu masa untuk tutup kerana tidak mampu lagi menanggung kerugian sejak dua tahun lalu.

“Perlu diingat, harga be­ras RM26 itu dibuat berdasarkan harga belian padi ketika itu (sejak 16 tahun lalu) iaitu RM950 per tan metrik. Apabila harga lantai dinaikkan kepada RM1,300, sepatutnya harga beras juga perlu disemak dan dinaikkan, tetapi ini tidak berlaku.

“Dalam perbincangan tidak rasmi pada 6 Januari lalu, semua pengilang menyatakan sudah tidak mampu lagi menanggung kerugian ekoran harga belian padi yang tinggi. Ia memerlukan semakan harga beras tempatan agar memberi keadilan kepada semua pihak iaitu pengguna, pemborong, pengilang dan juga petani sendiri,” katanya.

Marzukhi berkata, harga beras tempatan RM26 ketika ini sudah tidak relevan dan sekiranya pihak kementerian tidak menyemak semula harga ini, maka pihak kilang tidak dapat tawarkan harga belian padi yang lebih tinggi daripada harga lantai padi.

Katanya, membeli padi daripada pesawah pada harga lantai RM1,300 dalam keadaan harga beras masih pada kadar RM26 itu juga telah menyebabkan pengilang mengalami kerugian.

“Oleh itu saya sarankan agar pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyemak semula harga beras dan seragamkan harga beras putih tempatan dengan harga beras putih import dalam memastikan semua pihak mendapat manfaat, katanya.

Kata beliau, apabila dunia diserang pandemik Covid-19 sebelum ini, kenaikan harga beras dunia telah melambung dan banyak negara pengeksport te­lah menyekat eksport. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×