Penduduk beri ‘talian hayat’ banglo RM600,000

Penduduk beri ‘talian hayat’ banglo RM600,000

KERJA-KERJA pembinaan benteng sementara untuk menyelamatkan banglo milik Mohd. Yazit Idris di Kampung Tanjung Batu Rakit, Terengganu. – MINGGUAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pemilik banglo bernilai RM600,000 yang berisiko runtuh akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung Batu Rakit di sini, lega apabila masalah itu mendapat bantuan penyelesaian jangka masa pendek daripada masyarakat setempat.

Mohd Yazit Idris, 66, berkata, masalahnya mendapat perhatian ramai apabila berita me­ngenai banglo lambang cinta kepada arwah isterinya itu tular di media sosial.

“Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Tepoh (Hishamuddin Abdul Karim) ada datang ziarah hendak lihat situasi terkini hakisan yang semakin memburuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini (semalam) kerja-kerja menambak benteng dimulakan secara gotong-royong untuk penyelesaian jangka pendek.

“Terima kasih banyak saya ucapkan kepada semua yang sudi mendengar keluh-kesah dan membantu menyelesaikan masalah saya untuk membina benteng ini sebagai inisiatif sementara,” katanya di sini, semalam.

Baru-baru ini, media melaporkan kegelisahan warga emas tersebut yang bimbang kerana banglo miliknya itu berisiko runtuh pada bila-bila masa disebabkan masalah hakisan yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.

Pembinaan banglo tersebut siap pada 2018 dengan impian Mohd. Yazit mahu menghabiskan sisa hidup bersama isteri­nya, Siti Rashiddah Mohd Yunos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini