Coway sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir kilat

Coway sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir kilat

DARI Kiri: Pengurus Bahagian Pemasaran Coway Malaysia, Janice Tan; Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia, Ryan Jung bersama Timbalan Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Malaysia, Datuk Danial Iskandar Abd. Rahman dan Pengurus Mobilisasi Sumber dan Kelestarian Bulan Sabit Merah Malaysia, Azril Abdul Manaf pada majlis penyerahan sumbangan untuk membantu mangsa banjir kilat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Coway, syarikat Best Life Solution, menghulurkan sumbangan sebanyak RM300,000 buat komuniti terjejas banjir kilat yang melanda negara baru-baru ini.

Sumbangan adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Coway dalam memberi kembali kepada komuniti dan memupuk daya tahan pada waktu yang mencabar.

Menurut Coway, menerusi kerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Syarikat komited dalam menyalurkan bantuan serta-merta dan pertolongan kepada mangsa banjir terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah serta negeri-negeri lain yang turut terjejas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kira-kira 2,259 isi rumah bersamaan 11,925 mangsa banjir telah terlibat secara langsung, sekali gus menekankan
kepentingan usaha baik pulih yang menyeluruh.

“Komitmen jangka panjang Coway dalam tanggungjawab sosial korporat menjadi teras inisiatif ini, mencerminkan nilai-nilai terasnya yang menitikberatkan keprihatinan terhadap masyarakat.

“Justeru itu, usaha bantuan ini akan diperluaskan ke 45 pusat komuniti di kawasan terjejas dengan menyediakan sumber dan sokongan penting untuk membantu keluarga serta komuniti setempat dalam proses pemulihan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan Syarikat.

“Kami berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk kami, namun pada masa yang sama, kami juga bertekad menjadi tulang belakang bagi masyarakat ketika masa sukar.

“Banjir kilat ini telah menjejaskan ramai individu dan kami berharap sumbangan ini serta kerjasama bersama Bulan Sabit Merah Malaysia, ia dapat meringankan beban serta memberikan kelegaan yang amat diperlukan kepada semua keluarga yang terjejas,” katanya.

Tambahnya, dalam usaha Malaysia untuk pulih daripada kemusnahan yang terjadi akibat banjir kilat, Coway akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menghulurkan bantuan di kawasan-kawasan yang memerlukan.

“Menerusi komitmen berterusan ini, Coway berharap untuk menjadi sumber kekuatan dan harapan bagi rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×