Legenda KL sedia berkhidmat dalam FAM 

Legenda KL sedia berkhidmat dalam FAM 

RAMLAN ASKOLANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda bola sepak Kuala Lumpur, Datuk Ramlan Askolani bersedia memasuki saf kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya khidmatnya diperlukan.

Sebelum ini, nama Ramlan dan dua lagi bekas pemain kebangsaan, Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan dikaitkan dengan pencalonan untuk merebut jawatan dalam Kongres FAM pada Februari ini.

Ramlan berkata, pengalaman hampir satu dekad dalam arena bola sepak tempatan sebagai pemain bola sepak akan digunakan sebaiknya dalam membantu merevolusikan pasukan kebangsaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya terdapat pihak di FAM melihat keperluan untuk kami bekas pemain berada dalam barisan kepimpinan bagi menjayakan revolusi bola sepak negara, saya sedia berkhidmat demi negara.

“Sejujurnya, saya percaya setiap bekas pemain selepas berbakti di padang sepanjang kariernya tentu berniat untuk menyumbang idea dan pengalaman bagi memajukan sukan yang dekat dengan hati rakyat ini.

“Sebagai bekas pemain, saya juga akan berkhidmat dengan FAM biarpun sesiapa sahaja dipilih menerajui kepimpinan selepas ini,” katanya yang memenangi Piala Malaysia dari 1987, 1988 dan 1989 itu.

Seangkatan dengan Malek Awab, Mat Zan Mat Aris, Datuk Subadron Aziz dan Fandi Ahmad, Ramlan yang juga kini Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Sebagai Naib Presiden KLFA, Ramlan diberikan tanggungjawab sebagai pengurus skuad Bawah 23 Kuala Lumpur City yang bersaing di Piala MFL. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×