Solidariti Najib bukan medan tautan kasih Pas-UMNO

Solidariti Najib bukan medan tautan kasih Pas-UMNO

Datuk Seri Najib Razak menyatakan penubuhan pasukan khas menyiasat penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2015 tidak mengikut undang-undang dan tidak sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Perhimpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada 6 Januari ini bukan medan untuk mengembalikan ‘tautan kasih’ antara Pas dan UMNO.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, tanggapan ia satu hikmah bagi menyatupadukan kembali Pas dan UMNO sebagaimana kerjasama Muafakat Nasional (MN) sebelum ini ha­nyalah persepsi Pas.

“Cetusan solidariti Najib sepatutnya dibuat Pas ketika 22 Ogos 2022 lagi, ketika Pas dalam kerajaan terutama semasa Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berada dalam Kabinet pada waktu itu.

“Apapun kami ucap terima kasih atas kesedaran Pas dalam konteks keadilan dan hak untuk Najib tanpa ada ‘udang di sebalik batu’ demi hak yang perlu diberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Zawawi berkata, ahli UMNO dan sayap kepemimpinannya wajib bersatu di bawah teraju Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tanpa perlu mengambil tindakan sendiri dalam sebarang tindakan yang membabitkan nama parti.

“Saya bersetuju kenya­taan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin bahawa usaha itu bertujuan menunjukkan solidariti bersama Najib dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung titah adendum melibatkan tahanan rumah, selain demi semangat penyatuan ummah tanpa mengira fahaman politik.

“Namun perhimpunan ber­kenaan bukan sebagai hikmah menyatupadukan kembali Pas dan UMNO khususnya penyokong Najib yang dilihat lebih ke arah semangat penyatuan itu,” katanya.

Kelmarin, Hashim dilaporkan berkata, perhimpunan ber­kenaan merupakan detik sesuai kepada gerakan penya­tuan ummah yang mana parti-parti politik Melayu Islam bersatu dan berkumpul bersama bagi menyatakan solidariti terhadap Najib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×