Jeti nelayan mendap tidak selamat digunakan

Jeti nelayan mendap tidak selamat digunakan

NELAYAN menunjukkan keadaan jeti yang mendap dalam lumpur di Hujung Rintis di Pasir Salak, Perak semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Nelayan sungai di Hujung Rintis di sini memohon kerajaan memberi perhatian terhadap jeti nelayan di kampung itu yang sudah mendap hingga ke dalam lumpur dan tidak selamat untuk digunakan.

Ketua Komuniti Nelayan Pangkalan Jeti Hujung Rintis, Amrul Hashim, 46, berkata, jeti konkrit itu mendap disebabkan faktor usianya yang dibina kira-kira 50 tahun lalu selain faktor perubahan tebing sungai.

Katanya, keadaan jeti itu yang semakin mendap dan semakin tenggelam dalam lumpur menyusahkan nelayan untuk menurunkan hasil tangkapan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jeti ini penting untuk kemudahan nelayan sungai untuk turun ke sungai menangkap ikan dan menurunkan hasil tangkap namun tidak ramai yang berani menggunakan jeti ini kerana keadaannya semakin mendapat dalam lumpur.

“Ia berlaku disebabkan perubahan tebing sungai, semakin banyak lumpur, jeti ini semakin tenggelam.

“Keadaan ini menyebabkan ia tidak dapat digunakan dengan sempurna, malah ada nelayan yang terjatuh dalam su­ngai semasa menggunakan jeti ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Amrul selain itu struktur jeti itu juga didapati semakin reput dan dibimbangi boleh roboh pada bila-bila masa.

Katanya, keadaan itu menyebabkan nelayan terpaksa menggunakan kawasan lain untuk turun ke sungai atau menurunkan hasil tangkapan.

Jelasnya, jeti ini adalah ke­perluan utama nelayan sungai di sini namun keadaannya yang mendap, menyebabkan ia tidak dapat digunakan dengan selasa dan selamat.

“Kami berharap pihak ber­kenaan memberi perhatian terhadap masalah nelayan di sini malah aduan yang kami buat belum ada tindakan.

“Sedangkan kami difahamkan jeti dikampung lain sudah digantikan dengan binaan kon­krit, jadi kami harap nelayan di sini juga mahu kemudahan yang sama diberikan kepada kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini