Popia Carbonara lemak berkrim

Popia Carbonara lemak berkrim

Popia Carbonara mudah disediakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Jika anda mencari idea untuk sarapan atau minum petang, cuba resipi Popia Carbonara ini.
Dengan bahan yang ringkas dan cara penyediaan yang mudah, hidangan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menyelerakan. Sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.
BAHAN-BAHAN
400 gram daging kisar
1 biji bawang holland
½ batang lobak merah
½ biji lada benggala
2 tin kecil Sos Carbonara
Lada hitam
1 cawan keju Mozarela
1 paket kulit popia
Sedikit air dan tepung (pelekat)
CARA PENYEDIAAN
1. Tumiskan daging kisar hingga garing.  Masukkan potongan bawang, lobak dan lada.
2. Masukkan Sos Carbonara dan kacau hingga sebati. Tambahkan lada hitam secukupnya dan juga keju Mozarela.
3. Bancuh tepung dengan air sebagai gam popia. Letak inti di tengah-tengah kulit popia dan gulungkan dan sapukan sedikit pelekat.
4. Bekukan popia selama tiga jam, lalu goreng sehingga warna keperangan. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×