Suspek bakar wanita dalam kereta api bawah tanah ditahan

Suspek bakar wanita dalam kereta api bawah tanah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Suspek yang disyaki membakar seorang wanita sedang tidur di dalam kereta api bawah tanah di New York City berjaya ditahan semalam.

Pegawai polis New York City berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) di dalam kereta api F di stesen Coney Island-Stillwell Avenue di Brooklyn.

Polis berkata, suspek seorang lelaki menggunakan pemetik api untuk membakar pakaian mangsa.

“Pegawai yang tiba di tempat kejadian menemukan wanita berdiri di dalam kereta api dengan seluruh tubuhnya terbakar,” katanya.

Api berjaya dipadamkan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pesuruhjaya NYPD, Jessica Tisch mengutuk insiden tersebut sebagai jenayah paling keji yang dilakukan terhadap manusia.

Penyiasat percaya suspek masih berada di lokasi kejadian selepas serangan, didakwa duduk di sebuah bangku luar gerabak kereta api.

Pihak berkuasa berjaya menahan suspek selepas menerima panggilan daripada tiga pelajar yang melihat lelaki terbabit di dalam kereta api lain.

Polis turut menemukan pemetik api di dalam poket suspek, dipercayai digunakan untuk serangan berkenaan.

Suspek, yang identitinya belum didedahkan, masih ditahan sementara siasatan dijalankan.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×