Pengalaman Musa bawa kestabilan politik, pembangunan Sabah

Pengalaman Musa bawa kestabilan politik, pembangunan Sabah

MUSA AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengalaman Tun Musa Aman dalam arena politik Sabah berupaya membawa perubahan pembangunan negeri dan kestabilan politik.

Yang Dipertua Negeri ke-11 itu mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam politik Sabah dan ia pasti dapat membantu beliau memberi nasihat untuk memperkemaskan strategi politik parti pemerintah dalam rangka pembangunan negeri.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr. Syahruddin Ag. Ahmad berkata, Musa bermula sebagai pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan kemudian beliau menyertai UMNO pada 1991.

“Pengalaman Musa sebagai ahli korporat sebelum menyer­tai politik akan membantu pucuk pimpinan kerajaan negeri mendapat input bagi memastikan setiap pelan perancangan pembangunan negeri Sabah dapat dibentuk mengikut acuan serta keadaan semasa.

“Jika dilihat rancangan pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan Menara Kinabalu serta Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dilaksanakan di bawah pemerintahan Tun Musa.

“Ia membuktikan keupayaan bekas Ketua Menteri Sabah itu dalam membantu melonjakkan Sabah sebagai negeri berpendapatan tinggi menerusi pelancongan serta sumber manusia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pemang­ku Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Wilayah Sabah, Faezrah Rizalman berkata, mereka kecewa dengan keputusan GRS dan Pakatan Harapan (PH) berkaitan pemilihan Musa sebagai TYT ke-11.

Katanya, keputusan memilih Musa yang pernah berhadapan 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram itu mencerminkan kegagalan kerajaan dalam memenuhi prinsip-prinsip yang menjadi tuntutan utama rak­yat Sabah.

Katanya, MUDA Sabah menghormati hak Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan, namun tanggungjawab politik dalam memberi nasihat kepada Agong adalah milik Ketua Menteri Sabah sepenuhnya.

Ujarnya, Sabah memerlukan kepimpinan yang berani, berwawasan, dan setia untuk memastikan negeri ini maju.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×