Konflik selatan Thailand: Rundingan damai perlu menyeluruh

Konflik selatan Thailand: Rundingan damai perlu menyeluruh

PENDUDUK memegang sepanduk menuntut keadilan buat semua mangsa yang terkorban dalam tragedi Tak Bai di wilayah Narathiwat, selatan Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses rundingan damai di Selatan Thailand perlu melibatkan kumpulan pejuang secara menyeluruh dan bukan hanya Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN).

Pakar Geostrategis Dr. Azmi Hassan berkata, hal ini disebabkan BRN tidak mewakili keseluruhan kumpulan pejuang lain di Selatan Thailand.

Malah katanya, sebarang persetujuan yang diputuskan bersama BRN tidak semestinya akan dipersetujui kumpulan pejuang yang lain.

“Kalau dilihat sebelum ini, Thailand sememangnya percaya pada Malaysia yang sentiasa menunjukkan komitmen dalam isu rundingan ini.

“Namun ia tidak seperti Bangsamoro. Justeru apa yang perlu dilakukan ialah rundingan bersama dan secara menyeluruh dengan pejuang lain perlu dilakukan kerana apa yang dipersetujui BRN tidak semestinya sama dengan kehendak mereka,”katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen dalam memastikan proses dialog dengan wilayah Selatan Thailand dapat direalisasikan dengan berkesan dan menyeluruh.

Selain itu, kedua-dua negara turut optimis mencari jalan penyelesaian dan mengakhiri pergolakan di daerah berkenaan.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, usaha itu penting untuk membawa kepada perancangan lebih komprehensif sekaligus bersama ke arah keamanan.

Dalam pada itu Azmi berkata, Malaysia yang sememangnya menjadi perantara dalam proses perundingan sebelum ini membuka jalan kepada perjanjian damai yang berkekalan untuk penduduk di wilayah Selatan Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×