Pihak berkuasa serbu pejabat Presiden Korea Selatan cari bukti

Pihak berkuasa serbu pejabat Presiden Korea Selatan cari bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan sekali lagi berusaha untuk menggeledah pejabat Presiden dan mendapatkan bukti sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap percubaan singkat Yoon Suk-yeol menguatkuasakan undang-undang tentera.

Suk-yeol didakwa pada 14 Disember lalu atas dekri undang-undang tenteranya dan digantung daripada tugas presiden.

Pasukan penyiasat bersama, termasuk polis dan Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO), cuba mengakses pelayan komputer perkhidmatan keselamatan pejabat presiden untuk mendapatkan rekod telefon, termasuk yang digunakan oleh ketua polis, lapor Yonhap.

Ini merupakan kali kedua pihak berkuasa cuba menyerbu pejabat presiden berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang dibatalkan beberapa jam selepas pertikaian dengan Parlimen.

Percubaan pada 11 Disember gagal memasuki pejabat tersebut, namun pejabat presiden secara sukarela menyerahkan beberapa data.

Suk-yeol kini membentuk pasukan guaman untuk membela diri terhadap tuduhan pemberontakan dan kes di Mahkamah Perlembagaan yang akan menentukan pemecatannya.

Sementara itu, Pemangku Presiden Korea Selatan, Han Duck-soo dalam mesyuarat Kabinet hari ini menggesa agar belanjawan kerajaan untuk 2025 dilaksanakan segera mulai awal tahun, bagi membantu memulihkan ekonomi negara yang semakin perlahan.

Duck-soo kini berusaha untuk meyakinkan sekutu Korea Selatan dan menenangkan pasaran kewangan sejak mengambil alih tugas Presiden.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×