Lelaki tergamak perkosa anak sendiri selama 22 tahun

Lelaki tergamak perkosa anak sendiri selama 22 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA SELATAN: Seorang lelaki di daerah Empat Lawang, di Sumatera Selatan, Indonesia tergamak memperkosa anak sendiri selama 22 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu sejak mangsa masih bersekolah dan berlanjutan sehingga melahirkan anak.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Empat Lawang, Alpian berkata, suspek yang berusia 60 tahun memperkosa mangsa sejak tahun 2002.

Beliau berkata, mangsa yang kini berusia 36 tahun terpaksa membiarkan perkara itu kerana diancam bunuh oleh suspek jika melaporkan perbuatan tersebut.

“Keluarga mangsa mengetahui kejadian ini, namun mereka takut untuk membuat laporan kerana diancam oleh suspek,” kata Alpian.

Beliau berkata, mangsa pernah mengandung dan melahirkan anak akibat perbuatan keji ayahnya yang kemudiannya diberikan kepada orang lain.

“Suspek sempat berkahwin setelah tamat sekolah, namun pelaku mengulangi perbuatan itu selepas mangsa berpisah dengan suami dan pulang ke rumah keluarga,” katanya.

Kejadian terakhir berlaku pada 16 Oktober 2024, di mana mangsa kembali diperkosa oleh ayahnya.

Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa akhirnya memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak polis dan suspek ditangkap pada Selasa lepas.

Sehingga kini, suspek masih disiasat di balai polis Empat Lawang untuk mengenal pasti kemungkinan terdapat mangsa lain.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN