Parlimen lulus usul dakwa Presiden Korea Selatan

Parlimen lulus usul dakwa Presiden Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kerajaan Korea Selatan meluluskan usul untuk mendakwa Presiden, Yoon Suk Yeol, selepas 204 ahli Parlimen memilih menyokong usul itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu menyaksikan Suk Yeol digantung tugas serta-merta dan Perdana Menteri, Han Duck Soo akan menjadi pemangku Presiden selepas salinan dokumen berhubung pendakwaan terhadap diserahkan kepadanya dan Mahkamah Perlembagaan.

Ahli Parlimen Parti Kuasa Rakyat (PPP) turut mengundi usul tersebut kali ini selepas percubaan pertama oleh Parti Demokratik (DP) pembangkang  minggu lalu gagal.

Dengan 204 undi menyokong, 85 undi menentang, 3 berkecuali dan 8 undi tidak sah daripada 300 penggubal undang-undang, Speaker, Woo Won-shik mengumumkan undian tersebut  diluluskan sebelum mengakhiri sesi itu.

“Kepada rakyat, kami berharap penghujung tahun anda akan lebih ceria sekarang dan semua sambutan akhir tahun anda yang dibatalkan dapat dipulihkan.

“Masa depan Korea Selatan dan harapan kami terletak di tangan rakyat, harapan kami kuat. Terima kasih banyak-banyak,” katanya ketika mengakhiri sesi itu.

Sebaik keputusan diumumkan, sorakan kedengaran dari ahli Parlimen DP, manakala ahli parti pemerintah secara senyap-senyap meninggalkan dewan.

Ribuan penunjuk perasaan bersorak dan Lagu Into the New World, oleh kumpulan K-pop Girls’ Generation berkumandang di luar Dewan Negara sebaik keputusan itu diumumkan.

Orang ramai turut melempar bunga api dan mercun sebagai tanda gembira dengan undian tersebut.

Mahkamah mempunyai sehingga 180 hari bagi menentukan sama ada untuk melucutkan kuasa Suk Yeol atau mengembalikan semula jawatannya.

Sekiranya dilucutkan jawatan, pilihan raya umum bagi memilih pengganti beliau perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN