Duda tua dituduh raba cucu saudara

Duda tua dituduh raba cucu saudara

Lelaki warga emas dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang juga cucu saudaranya berusia 10 tahun, Oktober lalu. – UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang juga cucu saudaranya berusia 10 tahun, Oktober lalu.

Tertuduh seorang duda berusia 60 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun dengan cara memeluk dan meraba kanak-kanak tersebut di bahagian dada hingga kemaluan bagi tujuan seksual.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 1.30 tengah hari, 21 Oktober lalu di sebuah kedai makan di hadapan rumah di Kampung Tarun, Jalan Broga, Lenggeng dekat Nilai dan tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu mahkamah, dia seorang duda dan mangsa merupakan cucu saudaranya sendiri.

“Saya seorang duda tidak pernah buat hal macam ini dan mangsa cucu saudara saya, dia salam tangan saya takkan saya tak boleh cium pipi, dahi dia,” katanya.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Januari 2025 bagi proses lantikan peguam dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×