PDRM sokong SKMM perkenal garis panduan INSG - Utusan Malaysia

PDRM sokong SKMM perkenal garis panduan INSG

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerbitkan garis panduan keselamatan maklumat dan rangkaian untuk industri komunikasi dan multimedia (INSG) dilihat mampu meningkatkan keselamatan maklumat di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, langkah diperkenalkan SKMM disokong penuh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tahap keselamatan maklumat, rangkaian serta daya tahan industri tersebut diperkukuh.

Beliau berkata, dalam era digital yang semakin berkembang, ancaman siber menjadi salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh semua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, sistem komunikasi dan rangkaian canggih memerlukan perlindungan yang lebih ketat bagi memastikan keselamatan maklumat, bukan sahaja untuk kepentingan individu malah menjaga kestabilan negara secara keseluruhan.

“Garis panduan yang diperkenalkan oleh SKMM ini merupakan satu langkah yang amat penting dan wajar dipuji.

“PDRM mengakui kerjasama antara pihak berkuasa termasuk SKMM adalah kunci dalam mengurangkan risiko ancaman siber dan memelihara keselamatan maklumat yang berkaitan dengan sektor kerajaan, swasta serta komuniti rakyat Malaysia secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah-langkah yang diterapkan melalui garis panduan tersebut diyakini akan menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan melindungi data dan privasi, seterusnya mengurangkan kebimbangan terhadap pelbagai bentuk jenayah siber yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, kata Ramli, PDRM akan terus memberi sokongan dan bekerjasama rapat dengan SKMM dalam usaha memperkukuhkan keselamatan maklumat dan rangkaian negara.

“Pihak kami juga akan terus melaksanakan inisiatif dan latihan secara berterusan untuk memastikan pasukan PDRM sentiasa bersedia dalam menghadapi ancaman siber yang semakin kompleks,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini