AS pantau perkembangan di Syria 

AS pantau perkembangan di Syria

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mahu bekerjasama dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan untuk memantau perkembangan di Syria dan memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan selepas Bashar al-Assad digulingkan. 

Perkara itu ditekankan Presiden AS, Joe Biden rentetan peristiwa bersejarah yang bergerak pantas di Syria dan turut mengejutkan Washington.

Biden dan pembantu keselamatan tertinggi AS kini memantau rapat keadaan terkini di Asia Barat dan sebarang ketegangan yang dikhuatiri yang wujud selepas tentera pemberontak menggulingkan Assad dalam masa kurang dua minggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, Syria kini berada dalam tempoh berisiko dan tidak menentu selepas kali pertama dalam beberapa tahun Russia mahupun Iran mahupun organisasi Hezbollah tidak lagi memainkan peranan berpengaruh di Syria.

“Selama bertahun-tahun, penyokong utama Assad ialah Iran, Hezbollah dan Russia. Tetapi sepanjang minggu lalu, sokongan ketiga-tiganya runtuh kerana mereka jauh lebih lemah hari ini berbanding ketika saya memegang jawatan.

“Ia adalah detik peluang bersejarah bagi rakyat Syria yang telah lama menderita untuk membina masa depan yang lebih baik untuk negara kebanggaan mereka. Ia juga merupakan detik risiko dan ketidakpastian. Tetapi AS akan membantu semampu yang boleh.

ADS:D

“Apabila kita semua beralih kepada persoalan tentang perkara yang akan datang, AS akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami dan pihak berkepentingan di Syria untuk membantu mereka merebut peluang untuk menguruskan risiko ini,” tambah Biden.

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan AS memberi amaran Washington tidak merancang untuk menawarkan pelan tindakan untuk Syria pada masa hadapan.

“Masa depan akan ditulis oleh rakyat Syria,” kata pegawai itu kepada pemberita.

Jelasnya, AS akan turut memerhati dengan teliti kenyataan daripada organisasi Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) yang menggulingkan Assad. 

“Kumpulan itu mengatakan perkara yang betul pada peringkat ini tetapi masih terlalu awal untuk meramal apa yang akan berlaku di Syria.

“AS juga akan berusaha untuk memastikan keselamatan simpanan senjata kimia di Syria tetapi tidak akan ada peranan untuk tentera AS di darat dalam usaha ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN