Hartanah kediaman tidak terjual pada paras terendah

Hartanah kediaman tidak terjual pada paras terendah dalam tempoh 7 tahun 

PENYUSUTAN hartanah kediaman yang tidak terjual di Malaysia boleh dikaitkan dengan pengurangan inventori pemaju hartanah dan permintaan yang lebih kukuh. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hartanah kediaman tidak terjual di Malaysia berada pada paras terendah dalam tempoh tujuh tahun selepas menyusut kepada 21,968 unit pada suku ketiga berbanding 22,642 unit pada suku kedua 2024, kata MIDF Research.

Katanya, kediaman yang tidak terjual pada suku ketiga 2024 adalah daripada Kuala Lumpur (3,273 unit), Perak (3,039 unit), Johor (3,030 unit), Pulau Pinang (2,570 unit) dan Selangor (2,304 unit).

Firma penyelidikan itu berkata, penyusutan hartanah kediaman yang tidak terjual di Malaysia boleh dikaitkan dengan pengurangan inventori pemaju hartanah dan permintaan yang lebih kukuh.

“Kami menjangkakan hartanah tidak terjual yang semakin berkurangan akan mengekalkan bekalan hartanah yang sihat dan menyokong sentimen pembeli.

“Kami juga positif terhadap sektor hartanah kerana data permohonan pinjaman menunjukkan minat belian ke atas hartanah ke kal sihat pada bagi tempoh 10 bulan 2024 manakala hartanah tidak terjual yang semakin berkurangan akan memacu pemulihan sektor tersebut,” katanya dalam satu nota kajian. 

MIDF Research berkata, pinjaman yang diluluskan untuk pembelian hartanah meningkat semula kepada RM24.3 bilion pada Oktober 2024 selepas mencatatkan penurunan sebanyak 21.5 peratus pada September lalu, sejajajr dengan pemulihan dalam permohonan pinjaman.

Katanya, pada asas tahunan, pinjaman yang diluluskan mencatatkan pertumbuhan selama empat bulan berturut-turut, meningkat 2.2 peratus pada Oktober 2024.

“la menjadikan jumlah pinjaman yang diluluskan pada 10 bulan 2024 lebih tinggi kepada RM237.8 bilion, sementara nisbah kelulusan pinjaman kekal stabil pada kadar 44 peratus. 

“Secara keseluruhan, pinjaman yang diluluskan yang lebih tinggi dalam tempoh itu, menunjukkan jualan baharu yang lebih kukuh untuk pemaju hartanah di Malaysia,” katanya.

Mah Sing Group (beli, TP:RM2.40) dan Matrix Concepts (beli, TP:RM2.48) merupakan pilihan utama MIDF Research dan mengekalkan saranan “neutral” untuk sektor hartanah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARC Ratings Berhad, Rajan Paramesran berkata, jumlah unit perumahan tidak terjual menurun sekitar 40 peratus dalam tempoh empat tahun terakhir, daripada 37,000 unit pada puncaknya kepada 22,000 unit pada sembilan bulan pertama 2024. 

“Penurunan itu mencerminkan peningkatan keyakinan terhadap pemulihan berterusan dalam sektor perumahan.  

“Faktor utama yang menyumbang kepada pengurangan ini ialah pelancaran projek secara berperingkat dan pendekatan yang lebih berdisiplin oleh pemaju dalam memenuhi permintaan pasaran,” katanya semasa webinar MARC360 Overview.  

Mengulas mengenai jangkaan hartanah pada 2025, beliau berkata, MARC menjangkakan pasaran hartanah kediaman akan terus menunjukkan prestasi kukuh pada 2025.

“Walau bagaimanapun, pemain industri disarankan untuk meningkatkan kadar permulaan pembinaan bagi memastikan bekalan mencukupi untuk memenuhi permintaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×