Banjir kilat, tanah runtuh di Indonesia ragut lima nyawa

Banjir kilat, tanah runtuh di Indonesia ragut lima nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Pulau Jawa, Indonesia awal minggu ini meragut sekurang-kurangnya lima nyawa, manakala tujuh lagi dilaporkan masih hilang, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

Hujan lebat yang melanda daerah Sukabumi, Jawa Barat pada 3 Disember lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 jambatan musnah dan ratusan rumah rosak.

“Sehingga jam 9 pagi 6 Disember, jumlah korban meningkat kepada lima orang, manakala tujuh individu masih hilang,” kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari, dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, usaha membina jambatan sementara bagi membuka akses ke kawasan terjejas sedang giat dijalankan.

Ketua BNPB, Suharyanto mengarahkan pasukan penyelamat untuk meningkatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan memanfaatkan tempoh ‘masa emas’ selama tujuh hari bagi menemukan mangsa hilang.

“Jika perlu menggunakan jentera berat, teruskan,” tegas Suharyanto dalam kenyataan sama.

Indonesia semakin kerap dilanda cuaca ekstrem yang dikaitkan dengan perubahan iklim, menyebabkan siri bencana alam berlaku di seluruh negara.

November lalu, hujan lebat mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di Sumatera, meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa.

Manakala pada Mei, sekurang-kurangnya 67 penduduk maut apabila campuran abu, pasir dan batu kerikil dari letusan Gunung Merapi di Sumatera Barat menghanyutkan kawasan kediaman, mengakibatkan banjir kilat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×