Diana Qistina, Qi Yi ungguli Kuala Langat Aquathlon 2024

Diana Qistina, Qi Yi ungguli Kuala Langat Aquathlon 2024

(Dari kiri) Pengarah Perlumbaan Toto Ong, pelumba terpantas Wanita Diana Qistina Redza dan Ketua Pengarah XS Elite Performance, Nor Aznan bergambar ketika majlis penyampaian hadiah Kuala Langat Aquathlon 2024 di Tanjung Sepat, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Bekas perenang Selangor, Diana Qistina Redza membuktikan kemampuannya apabila berjaya menjuarai acara jarak Olimpik wanita di Kuala Langat Aquathlon 2024 semalam.

Pada penampilan sulungnya dalam renang terbuka, Diana Qistina mempamerkan aksi cemerlang untuk menamatkan perlumbaan kombinasi 1.5 kilometer berenang dan 10km berlari dengan catatan masa terpantas 1 jam 18 minit 44 saat(s).

Diana Qistina, yang bertanding dalam kategori umur 30-39 tahun, mengatasi pesaing lain termasuk Lee Sing Chee (kategori 18-29) yang meraih tempat kedua dengan masa 1:39.42s dan Siti Hanisah Linggi (30-39) di tempat ketiga dengan masa 1:48.45s.

Menariknya, Diana Qistina hanya menyertai pertandingan itu untuk menguji tahap kecergasannya dan tidak menyangka mampu menamatkan kejohanan di tangga teratas podium.

“Ini kali pertama saya berenang di laut. Saya pernah menjalani latihan simulasi tetapi itu sudah bertahun-tahun lalu. Saya pernah berenang untuk negeri tetapi itu pun semasa saya masih belajar.

“Berenang di laut sangat berbeza. Saya lebih fokus kepada larian dan bercadang untuk menyertai maraton penuh suatu hari nanti.

“Saya langsung tidak menjangka akan menang hari ini (semalam),” katanya yang kini bekerja dalam industri kewangan.

Sementara itu dalam kategori lelaki, Yap Qi Yi mempertahankan gelarannya yang dimenangi edisi lalu dengan catatan masa 1:00.18s.

Pemuda kelahiran Klang berusia 18 tahun itu mengatasi saingan sengit daripada Mohamad Khairil Azhar (1:00.53s) dan Harith Aiman Adha (1:03.37s) untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×