Lapan maut serangan kumpulan bersenjata di Mexico

Lapan maut serangan kumpulan bersenjata di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUANAJUATO: Sekurang-kurangnya lapan maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah beberapa premis di sebuah pusat perniagaan di Apaseo el Grande, Guanajuato, Mexico, malam Sabtu lalu.

Menurut pihak berkuasa, serangan di pusat komersial itu turut mengorbankan dua anggota bomba dan seorang paramedik yang bertugas dengan sistem penjagaan kesihatan negeri.

Dua lagi mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Guanajuato, terkenal sebagai hab perindustrian utama dan lokasi pelancongan popular, kini menjadi negeri paling ganas di Mexico.

Pada 4 Oktober lalu, mayat 12 anggota polis ditemukan di beberapa lokasi di Salamanca, sebuah bandar di negeri itu.

Pihak berkuasa memaklumkan keganasan berlaku berpunca daripada konflik antara kumpulan jenayah tempatan, Santa Rosa de Lima, dan kartel Jalisco New Generation, yang merupakan antara kartel paling berkuasa di Mexico.

Keganasan berkaitan kumpulan kartel ini terus berleluasa walaupun selepas Presiden baharu Mexico, Claudia Sheinbaum, memegang jawatan pada 1 Oktober lalu.

Sheinbaum menegaskan, tidak akan mengisytiharkan perang terhadap kartel, sebaliknya merancang strategi berdasarkan risikan untuk melemahkan keupayaan operasi mereka.

Selain itu, beliau berhasrat meneruskan dasar pendahulunya, Andres Manuel Lopez Obrador dengan menumpukan pelaburan kepada program sosial dan pencegahan jenayah untuk menangani masalah jenayah dari akar umbi.

Sejak kerajaan Mexico memanggil tentera untuk memerangi kartel pada 2006, lebih 450,000 pembunuhan telah direkodkan di negara itu.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×