Banjir enam negeri makin buruk, mangsa cecah 60,000

Banjir enam negeri makin buruk, mangsa lebih 60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Banjir yang melanda enam buah negeri bertambah buruk selepas 56,878 mangsa dipindahkan ke 427 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semalam.

Setakat pukul 6 petang semalam, Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila seramai 46,557 mangsa membabitkan 14,154 keluarga dipindahkan ke 199 PPS di 10 jajahan.

Mangsa yang dipindahkan di Kota Bharu membabitkan 4,523 orang, Bachok 2,362 orang, Tumpat (6,967), Kuala Krai (4,173), Pasir Puteh (4,433), Pasir Mas (16,409), Machang (3,545), Jeli (724) dan Tanah Merah (4,006).

Keadaan banjir di Kelantan diramal semakin merun­cing apabila Jabatan Meteo­rologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan negeri itu akan terus dilanda hujan lebat berterusan sehingga hari ini.

Bencana itu juga mengakibatkan operasi perniagaan Rantau Panjang terpaksa ditutup sementara apabila hampir semua jalan masuk utama ke pekan itu dinaiki air setinggi 0.4 hingga 0.8 meter tengah hari semalam.

Di Terengganu, sebanyak 205 PPS dibuka di enam daerah bagi menempatkan 8,919 mangsa membabitkan 2,739 keluarga setakat ini.

Antara daerah terjejas adalah Besut membabitkan 86 PPS, Setiu (2,073); Marang (236), Hulu Terengganu (2,564); Dungun (298) dan Kemaman (1,142).

Banjir di Besut mengakibatkan seramai 2,779 mangsa dipindahkan membabitkan 911 keluarga; Setiu (2,073); Marang (236), Dungun (298) dan Hulu Terengganu (2,564).

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan yang turut dilanda banjir berikutan hujan lebat di Kampung Batu 24 semalam. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

Di Johor, satu PPS dibuka di Segamat bagi menempatkan 28 mangsa membabitkan lapan keluarga, namun tiada maklumat lanjut diperoleh daripada laman sesawang tersebut.

Sementara itu di Perlis, empat PPS menempatkan 291 mangsa daripada 85 keluarga di Perlis dibuka susulan kediaman dilanda banjir.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, Arau dan SK Titi Tinggi, Padang Besar me­nempatkan mangsa banjir dari Kampung Rambai, Arau dan Kampung Titi Tinggi, Padang Besar.

Di Kedah, sebanyak 19 PPS telah dibuka bagi menempatkan 1,132 mangsa daripada 368 keluarga selepas kediaman mereka dinaiki air.

Di Perak, satu PPS dibuka di daerah Kerian untuk me­nempatkan 20 mangsa membabitkan tujuh keluarga selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan portal MET Malaysia, agensi itu meramalkan tiga negeri mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga esok.

“Negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×