WASHINGTON: Pentadbiran Joe Biden sedang berusaha untuk mencapai gencatan senjata di Gaza selepas Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam perjanjian yang menamatkan konflik antara Israel dan Hezbollah di Lubnan.
Presiden AS itu berkata, Washington akan membuat satu lagi usaha bersama Turkiye, Mesir, Qatar, Israel dan pihak lain untuk mencapai gencatan senjata di Gaza.
Beliau turut menekankan keperluan untuk pembebasan tebusan serta menamatkan peperangan Gaza tanpa dikuasai Hamas.
Biden juga tidak menolak kemungkinan normalisasi hubungan antara Arab Saudi dan Israel akan berlaku.
Beliau membuat kenyataan itu semasa mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Lubnan di Rumah Putih, semalam.
Katanya, AS bersedia untuk merumuskan satu siri perjanjian bersejarah dengan Arab Saudi, termasuk pakatan keselamatan dan jaminan ekonomi, bersama laluan menubuhkan negara Palestin serta menormalisasi hubungan antara Tel Aviv dan Riyadh.– REUTERS










