Songket dipersembah kepada khalayak AS

Songket dipersembah kepada khalayak AS

Pertunjukan busana songket di Washington DC baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama tempatan, Zachrin Jaafars, mencipta sejarah baharu dengan memperkenalkan keindahan dan keunikan pakaian tradisional Malaysia di pentas antarabangsa.

Koleksi eksklusif mereka dipamerkan di The Magnificent Golden Threads of Songket Fashion Exhibition di Washington DC yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia baru-baru ini.

Inilah kali pertama tekstil songket Malaysia yang penuh seni dan tradisi dipersembahkan secara rasmi kepada khalayak Amerika Syarikat (AS) dan peminat fesyen antarabangsa.

Koleksi ini bukan sekadar helaian pakaian tetapi sebuah penghormatan kepada wanita Malaysia dan gaya mereka. Setiap helaian diinspirasikan oleh keindahan pelbagai negeri, etnik dan budaya.

Tekstil songket yang halus dan mewah ini ditenun dengan penuh kasih oleh komuniti Tenun Pahang FELDA di Pekan, Pahang.

Koleksi ini membawa semangat wanita Malaysia yang moden, yakin dan elegan ke mata dunia.

Serlah busana melayu di pentas dunia

Lebih istimewa, koleksi ini menonjolkan keupayaan Zachrin Jaafars untuk menyuntik elemen moden ke dalam pakaian tradisional.

Dengan sentuhan inovatif seperti aksesori pewter hasil kerjasama dengan Nusantara Touch, jenama ini berjaya menggabungkan tradisi dan gaya kontemporari yang sesuai untuk wanita moden.

Setiap wanita memiliki keunikan bentuk tubuh dan songket adalah cara sempurna untuk menyerlahkan keistimewaan itu sambil menonjolkan gaya tradisional.

Untuk wanita dengan bentuk badan curvy, pilihlah baju songket dengan potongan longgar dan skirt A-line. Gabungan ini bukan sahaja selesa tetapi juga membantu mencipta siluet yang seimbang, menonjolkan keindahan bentuk tubuh tanpa rasa terhad.

Bagi wanita petite, kebaya pendek songket adalah pilihan terbaik. Padankan dengan seluar slim-fit untuk menampilkan tubuhmu dengan sempurna sambil memberi ilusi tinggi.

Dirimu pasti kelihatan anggun dan moden tanpa mengabaikan sentuhan tradisional.

Bagi yang bertubuh tinggi, kain songket dengan blaus berstruktur adalah kunci untuk menyerlahkan ketinggianmu dengan penuh elegan.

Gaya ini menambah sentuhan mewah pada penampilan, sesuai untuk acara formal mahupun kasual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×