‘Saya senyum bukan kerana gembira, jangan salah faham’

‘Saya senyum bukan kerana gembira, jangan salah faham’

DIANA DANIELLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Diana Danielle memilih untuk me­ngunci mulut daripada me­ngulas proses pengesahan rujuk yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, bagaimanapun tidak lekang memberikan senyuman kepada pengamal media selepas sesi perbicaraan itu selesai.

“Saya senyum bukan kerana gembira. Tetapi, saya sudah kenal rakan media malah saya anggap macam kawan-kawan, jadi saya senyumlah. Jangan salah faham, ini bukan momen bahagia untuk sesiapa,” katanya.

Mengulas proses pengesahan rujuk, peguam mewakili aktres itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu, Diana dan suami­nya, Farid Kamil perlu mengambil perakuan rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Farid dan Diana kemudian perlu membawa dokumen tersebut ke mahkamah yang sama untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.

Sementara itu, Diana dalam sebuah kenyataan di Instagram Story memohon agar orang ramai mendoakan segala urusan perceraian dipermudahkan selain me­nganggap perpisahan adalah jalan terbaik.

“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar hari ini (semalam). Selepas ini, proses perceraian pula akan diteruskan.

“Saya tidak mempunyai ba­nyak perkara untuk dikongsi buat masa ini, tetapi saya mohon doa daripada semua agar proses perceraian dapat diselesaikan de­ngan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×