WHO lulus vaksin Mpox dari farmaseutikal Jepun

WHO lulus vaksin Mpox dari farmaseutikal Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan vaksin Mpox, LC16m8, yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun.

Ia adalah vaksin kedua yang diluluskan oleh badan kesihatan dunia itu selepas ia mengisytiharkan Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Kebimbangan aAntarabangsa (PHEIC) pada Ogos.

“Keputusan ini dijangka memudahkan akses kepada vaksin secara lebih meluas dan tepat pada masanya dalam komuniti yang sedang menhadapi peningkatan kes Mpox,” menurut kenyataan WHO di Geneva.

Kes Mpox dilaporkan di lebih 80 negara, termasuk 19 negara di Afrika, berdasarkan data WHO.

Republik Demokratik Congo adalah negara paling teruk terjejas, mencatatkan kes disyaki terbesar – lebih 39,000 – serta lebih 1,000 kematian.

Jepun mengumumkan ia akan menderma 3.05 juta dos vaksin LC16m8, bersama jarum suntikan khas, kepada Congo.

“Ini adalah pakej sokongan terbesar yang diumumkan setakat ini sebagai tindak balas kepada kecemasan Mpox semasa,” kata WHO.

Vaksin LC16m8 dibangunkan dan dihasilkan oleh KM Biologics di Jepun.

Pada awal September, WHO meluluskan vaksin Modified Vaccinia Ankara-Bavarian Nordic (MVA-BN) untuk digunakan oleh individu berumur 12 tahun ke atas.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×