MBG FruitShop memperkenalkan Hab Buah-Buahan MBG Selayang bertujuan memberi peluang peniaga kecil meniaga buah-buahan segar dengan modal serendah RM200.
Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee, berkata Hab ini juga bertujuan membantu peniaga kecil dalam suasana pandemik yang mencabar tatkala ramai orang kehilangan kerja dan mencari pelbagai cara untuk mencipta aliran pendapatan baharu atau pasif.
“Ramai yang mula berniaga kecil-kecilan dengan membeli buah-buahan segar pada harga borong dan membuat jualan sama ada secara fizikal atau di dalam talian yang kini lebih popular, untuk menjana untung.
“Orang ramai dibenarkan mengambil buah bernilai RM200 terlebih dahulu daripada MBG dan hanya membuat bayaran selepas menjual dan mendapat untung.
“Kami percaya kami dapat membantu peniaga kecil memulakan perniagaan supaya mereka boleh mendapatkan punca sara hidup sambil bersama-sama mengembangkan industri buah-buahan,” katanya.
Hab meliputi ruang 32,000 kaki persegi, ialah syurga buah-buahan bagi orang ramai dan juga peniaga buah malah ia menjadi pusat sehenti bagi buah-buahan paling segar dengan pelbagai pilihan buah, baik buah tempatan mahupun yang diterbangkan dari luar negara.
Kesegarannya terjamin kerana buah-buahan dibeli terus dari peladang atau diimport dan disimpan dengan sewajarnya dalam bilik dingin.
Adnan berkata, di Hab Buah-Buahan MBG Selayang, pengunjung boleh membeli buah dalam jumlah kecil atau secara pukal dalam karton pada harga “pasar borong” dengan tawaran harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah berbanding harga di gedung runcit luar.
MBG turut mengimport banyak kurma bermutu tinggi, termasuk kurma Barhi dari Peru, Kuma Palestine, Kurma Mesir, Kurma Zamri Afrika Selatan, Kurma The Royal Mariami ,The Royal Safawi, The Royal Mabroom dan The Royal Ajwa, Kurma Qurina Deglet, Kurma Tunisia, Kurma Delima Hitam Iran dan banyak lagi. Semua kurma ditawarkan pada harga yang sangat termampu, iaitu sehingga separuh harga biasa.
EMPAT BAHAGIAN UTAMA HAB BUAH-BUAHAN SELAYANG:
*Bahagian runcit di mana pengguna boleh membeli buah-buahan mereka dalam jumlah kecil. Buah unik tertentu yang boleh didapati di sini sukar ditemui di kedai buah lain, termasuk Buah Naga Kuning Piyata Ecuador, Buah-Buahan Jepun, Buah Tin Segar, Strawberi Korea, Kurma Barhi, Buah Makisar, Ceri, Anggur Nilam dan sebagainya.
*Bahagian Buah-Buahan Dingin dengan kemudahan peti sejuk besar disediakan untuk memastikan buah kekal segar.
Kawasan Gudang di mana produk disimpan secara pukal pada suhu dingin untuk membolehkan penjual buah membeli dalam karton/palet.
*Kawasan Borong/Pukal di mana beberapa buah-buahan tempatan dijual dalam jumlah besar pada harga yang rendah.










