Minggu ini, mari kita lihat trend beg wanita di Malaysia yang semakin berubah. Daripada beg kecil comel kepada tote bag kompartmen yang lebih praktikal. Kenapa ramai wanita di Malaysia memilih beg ini?
Jawapannya mudah. Wanita Malaysia adalah multitasker sejati. Dengan peranan yang pelbagai dari pagi ke malam, wanita memerlukan beg yang boleh mengikut rentak kehidupan mereka.
Minggu ini, saya ingin perkenalkan jenama tempatan Tracey dengan koleksi tote begnya dengan compartment, Out & About Puffy Quilted Tote. Menariknya tentang Out & About Puffy Quilted Tote ini adalah material nilon puffy yang ringan dan kelihatan moden.
Ditambah pula dengan kompartmen dalaman yang boleh memuatkan komputer riba, botol air dan barang-barang kecil seperti kunci.
Dirimu tidak perlu lagi tercari-cari. Ada juga poket luar yang memudahkan akses kepada kad Touch ‘n Go. Beg ini hadir dalam dua saiz iaitu Medium (muat komputer riba 14 inci) dan Large (muat komputer riba 15 inci).
Bagi wanita bertubuh langsing, bermain dengan lapisan pakaian atau layering adalah cara terbaik untuk menambah dimensi dan tekstur pada penampilanmu.
Pilihlah saiz Large untuk memberi impak visual yang lebih besar tanpa menenggelamkan tubuhmu. Tote ini menambah elemen gaya yang bold dan sesuai untuk melengkapkan pakaian seperti oversized blazer yang dipadankan dengan skinny jeans atau seluar lurus. Kasut chunky seperti loafers atau boots akan menambah elemen edgy.
Untuk sentuhan tambahan, lilitkan scarf pada pemegang tote bagi memberi elemen feminin yang chic.
Wanita bertubuh petite boleh memastikan gayamu kelihatan memilih saiz Medium. Tote bersaiz sederhana ini tidak akan kelihatan terlalu besar, memberikan keseimbangan visual yang sempurna dengan ketinggianmu.
Gayakan dengan midi dress yang dipadankan dengan tali pinggang kecil untuk menonjolkan pinggang dan mencipta siluet yang memanjang.
Kasut platform atau wedges boleh membantu menambah sedikit ketinggian tanpa mengorbankan keselesaan.
Pilihlah tote dalam warna cerah untuk menarik perhatian dan memberikan ilusi ketinggian.
Bagi wanita bertubuh curvy, keseimbangan adalah kata kunci untuk pengayaanmu. Pilihlah saiz Large untuk mencipta harmoni dengan bentuk badanmu.
Tote ini bukan sahaja cukup besar untuk menampung semua keperluan harian anda, tetapi juga membantu menyeimbangkan siluetmu.
Padankan dengan maxi dress atau blouse loose-fit bersama seluar wide-leg untuk mencipta aliran yang elegan.
Untuk keselesaan dan gaya, pilihlah kasut tumit rendah seperti block heels atau sneakers. Sling tote di bahu atau galas di lengan untuk menonjolkan bentuk badan secara semula jadi, menjadikan tote ini pelengkap sempurna gaya harianmu.
Dengan Out & About Puffy Quilted Tote, dirimu bukan sahaja membawa keperluan harian, tetapi juga keyakinan dan gaya yang moden.
Jadi, teruskan melangkah dengan penuh semangat kerana setiap wanita berhak tampil hebat, sama ada di pejabat, kafe atau makan malam. Ingat, dirimu bukan sekadar mengikuti trend, dirimu mencipta trend.










