Pas tidak pernah berebut ketuai PN – Idris Ahmad

Pas tidak pernah berebut ketuai PN – Idris Ahmad

SST
IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas tidak pernah berebut untuk mengemudi Perikatan Nasional (PN) seperti yang dicadangkan oleh bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Muhammad Faiz Na’aman.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, siapa yang lebih layak untuk mengemudi PN seharusnya dibincangkan bersama parti komponen, malah isu itu tidak menjadi keutamaan ketika ini.

“Dalam soal Pas kemudi atau tidak kemudi, kita perlu berbincang dengan parti komponen kita. Kita tidak pernah berebut tentang siapa yang sepatutnya mengetuai barisan kepimpinan PN. Itu tidak pen­ting. Yang penting adalah kita mahu menanamkan keyakinan kepada rakyat pada kemam­puan PN.

“Orang tidak melihat siapa yang kemudi tetapi mereka melihat macam mana kerjasama, gerak kerja dan bagaimana untuk kita boleh memberikan ‘wow factor’ dalam menarik pengundi. Buat masa sekarang ini, kita bincang bagaimana untuk hadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

“Pada kami untuk mengukuhkan yang sedia ada ini melibatkan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang untuk mewujudkan kesan rantaian (domino effect). Apa yang kami tunjukkan mungkin akan menambahkan kerusi kita dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemimpin PN,” kata­nya ketika ditemui Utusan Malaysia di Parlimen, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pe­nerangan Pas, Fadhli Shaari berkata, bekas MPT Bersatu itu seharusnya memberikan fokus kepada parti yang disertai itu.

“Beliau telah sertai PKR pada Mac 2024. Saya ucapkan terima kasih atas pandangan tetapi kami tidak memerlukan pandangan ahli PKR untuk menentukan hala tuju PAS dan PN.

“Saya cadangkan beliau fokus kepada parti yang disertai,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini me­laporkan Bersatu perlu terbuka untuk menyerahkan mandat kepada Pas bagi mengemudi PN berlandaskan beberapa faktor.

Ini kerana Pas dilihat lebih berkuasa dan dominan de­ngan meme­­r­intah empat nege­ri manakala Bersatu dilihat semakin lemah apabila pemimpin utamanya berdepan pertuduhan di mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×