MIDF peruntuk RM200 juta menerusi FRF

MIDF peruntuk RM200 juta menerusi FRF

LIEW Chin Tong (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen pada majlis pelancaran PRF di Menara MITI di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) memperuntukkan sebanyak RM200 juta menerusi program Future Ready Financing (FRF) menjelang 2027 bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam sektor pembuatan.

Timbalan Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, program ini adalah satu daripada penyelesaian untuk membantu PKS beralih kepada industri berasaskan teknologi selaras dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Katanya, ia juga bagi mengurangkan kebergantungan pada tenaga kerja asing tidak mahir,

“PKS di Malaysia adalah tulang belakang ekonomi kita, menyumbang 38 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyediakan hampir separuh daripada pekerjaan di negara kita. 

“Melalui program ini, Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) dan SIRIM memainkan peranan penting dengan menilai kesiapan teknologi, memadankan PKS dengan penyedia penyelesaian yang sesuai dan mengesyorkan PKS yang layak untuk pembiayaan MIDF,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran PRF di Menara MITI di sini, semalam.

Beliau berkata, pendekatan menyeluruh ini memastikan bahawa PKS tidak hanya dilengkapi dengan sumber kewangan tetapi juga disokong dengan kepakaran, meletakkan mereka dalam posisi untuk integrasi teknologi pintar dan pertumbuhan yang mampan.

“Dengan bekerjasama rapat dengan PKS, penyedia penyelesaian membantu perniagaan untuk mengintegrasikan teknologi automasi dan digitalisasi, meningkatkan produktiviti dan kecekapan, terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDF, Azizi Mustafa berkata, peruntukan itu menyasarkan lembaran baharu untuk 100 PKS menaik taraf menjadi kilang pintar menjelang 2027 dan mewujudkan lebih 500 pekerjaan berkemahiran tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.

“Sebenarnya untuk kemudahan kewangan ini kami tidak menyediakan sebarang peruntukan baharu tapi menggunakan dana yang sedia ada daripada pihak kerajaan. 

“Oleh itu, kami menyasarkan sebanyak RM200 juta dapat dicapai sebelum 2027,” katanya

Program PRF, yang diterajui oleh MIDF dengan kerjasama MTDC, SIRIM dan penyedia penyelesaian teknologi terkemuka bertujuan untuk menyediakan PKS dengan sokongan komprehensif untuk automasi dan penggunaan Revolusi Industri Keempat (IR4.0)  

Dalam pada itu, program itu menawarkan lebih daripada pembiayaan, termasuk nasihat perniagaan, akses kepada teknologi termaju dan latihan berterusan untuk memastikan penerimaan yang lancar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×