Lelaki selamatkan kanak-kanak terjatuh atas landasan kereta api - Utusan Malaysia

Lelaki selamatkan kanak-kanak terjatuh atas landasan kereta api

AKSI pantas Mayur Shelke berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada digilis kereta api. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Seorang lelaki digelar sebagai adiwira selepas dia berlari lebih 30 meter di sepanjang landasan bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada digilis kereta api.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aksi pantas Mayur Shelke menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan kisahnya tular dalam media sosial.

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu terpisah dengan ibunya di stesen Vangani yang terletak kira-kira 70 kilometer ke timur Mumbai apabila dia terjatuh ke atas landasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Budak lelaki itu menangis ketakutan dan Shelke yang mendengar tangisan itu terus berlari menuju ke arah kanak-kanak berkenaan.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki berusia 30 tahun itu mencapai kanak-kanak tersebut dan meletakkannya semula ke atas platform.

Tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut apabila dua saat kemudian, kereta api Udyan Express melalui landasan berkenaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini